Lama dah tak update blog ni. Banyak juga perkara yg berlaku dlm hidup aku setakat ni yg aku rasa besar jugak lah aku tak update.
1- Mungkin sebahagian tahu, aku dalam proses penurunan berat badan. Rasa-rasanya dah sampai dekat 20kg dah hilang. Tak susah kalau tahu caranya. Tapi, mesti rasa memang nak buat lah. Ekstrim juga aku punya routine, tapi berbaloi lah jugak.
2- Aku juga dah masuk marathon pendek-pendek. First marathon pendek2 aku 5KM, lepas tu, 7KM lak, pastu masuk charity walk katanya 5KM tapi tengok kat GPS kat phone 4KM tak sampai. Lepas tu baru-baru ni, aku lari 10KM! menang tu memang bukan objektif aku, tapi aku bangga jugak lah. Tak ramai orang yg bole buat ni. Jap, tak ramai orang obese yg bole buat ni. Cayalah! Sep lima sekali! ;)
3- Blackberry aku, HILANG. Tensi jugak lah hidup tanpa blackberry. Hilang masa kat toilet Alamanda Putrajaya. Sedehnya… BB tu dah macam ginjal sebelah kiri dah. Tak lengkap hidup tidak berpasangan.
4- Relationship. Im in the. :D <3
5- aku dah ada kesedaran nak setelkan hutang ptptn aku dengan mengeluarkan duit EPF akaun 2 skit.
6- Pastu, sebab BB dah hilang, so aku buat ah ‘personal financing’ untuk ganti balik BB tu. Tapi sebab contract kene bayar seribu ringgit utk termination atau tukar pakej. Bil tetap jalan ye walaupun BB kau hilang dan takde BB gantian ye. Oleh kerana aku mungkin ada tanggungan lebih sebab dah ada loan tu, aku kene lah kurengkan apa-apa expenses yg tak perlu, contohnya, handphone bills. Mungkin aku akan tukar package kepada korporat package yg ada ni. lebih murah utk bulan-bulan. tapi startup dia, makan ribu. haihhh.
7- Untuk mengurangkan expenses yg kurang perlu juga, aku amik keputusan utk tukar gym fees aku. Kebetulan, ade member aku sorang ni nak terminate dan dia bayar lebih murah dari aku. So, aku kata, transfer kat aku jadi, tahun depan aku akan bayar lebih murah utk gym fees. Yeay!
8- Personal financing tu aku lebihkan sikit, utk invest dlm dana amanah saham. Yosh! Aku rasa aku semakin dewasa, dowh.. hehe..
9- Kerja? Dulu aku ada jugak tukang bantu kerja aku yg khas. Skang tidak lagi. Dia dah pergi tempat lain, tempat yg gaji lebih lumayan. Aku rasa kau pon dah meningkat dewasa gak, dude.
10- Tahun depan insyaAllah, aku nak gi Bandung ngan Sabah untuk bercuti! Seronoknya! :D
Err..tu je lah update. Kat ofis lagi nih. Nak gi gym jap lagi. So, stay happy ok. Hee hee.
No comments:
Post a Comment