Tahun ini berbeza sedikit dengan tahun lepas sebab adik2 banyak sekolah jauh. adik 3 di Nilai. Adik 5 di Selayang. Cutinya pula tak macam cuti biasa. Adik 5 budak sekolah asrama, jadi banyak lah pantang larang takleh balik malam apalanc tah. Jadi. Seminggu fokus 1 adik.
Semuanya sudah siap, cuma mungkin tinggal adik 4 punya sandal, adik 3 punya kasut raya dan tshirt sehelai. Yg lain semuanya dapat sorang satu: Baju raya, jeans, kasut, tshirt, tudung raya (yg berkaitan sahaja). Oh, adik 5 tak mahu beli jeans, mungkin sebab dia budak sekolah agama?
Taklah, sebab jeans dia masih baru.
Aku? Aku lambat2 pun tak apa. Masih ada masa utk shopping raya. Mungkin sehelai tshirt raya. Kasut? Aku masih boleh pakai yg lama. Lagipun aku memang jarang pakai high heels. Jadi, kebanyakkan kasut tumit tinggiku masih cantik utk dipakai. Oh, tudung raya belum beli. Ahha~ baju raya pun perlu di singkatkan sikit. Almaklumlah, ketinggian kurang penuh. Nak masuh pasukan polis pun x lepas. Haha..
Raya pertama cuma dirumah. Petang sedikit ke Kelantan. Sepupu bertunang dan kahwin. Jadi raya aku dlm perjalanan sahaja. Kebanyakan pemanduan akan dilakukan oleh aku. Jadinya, perlu pakaian paling selesa. :)
Selalunya kalau ke NS, aku selesa dengan seluar tidur dan tshirt sambil rambut disanggul dan tanpa secalit mekap pun. Yelah, perjalanan yg cuma mengambil masa sejam lebih tu selalunya dilakukan pada jam 1 atau 2 pagi. Atau selepas sahur terakhir. Jangan duga jalan kesana. Terkadang sesak, perjalanan ke NS bole jadi perjalanan ke Johor dan seterusnya ke Singapura dan balik ke KL lamanya. Hmmm...
Mekap raya kene beli. Perlu tenyeh skit muka aku yg tak berapa nak licin ni dengan mekap. Cantik skit..takde laa pucat lesi je nanti. Malas nak dengar makcik2 membebel sebenarnya. Aku pun dah lama hilang minat pada mekap. Haha~ Selalunya cuma lipbalm dan eyeliner aje peneman muka aku. Tu pun kadang2 malas. Bubuh aje muka pucat ke ofis. Hehehe..
Aku suka wanita berotot. *tiba2*. Tapi bukan gaya wanita bina badan ok. Cuma suka lengan alicia keys* :)
Dah.
Habes.
Selamat hari raya semua :)
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
"Aku suka wanita berotot" sangat tiba-tiba okayy!
ReplyDeleteagagagagag~
ReplyDelete